Ulasan kritis Sahmura

Sahmura menerima ulasan dari pengkritik muzik. Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail di dalam ulasan keseluruhan "Sahmura" mengulas "Seperti yang dijangkakan, Siti memberikan persembahan terbaiknya dalam album ini dan vokalnya semakin matang."[10] Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan taraf empat daripada lima bintang untuk album Sahmura.[5] Beliau berkata, "Sahmura adalah produk yang menggoda, hanya apa yang anda harapkan dari album pop yang baik, manis, hangat dan kaya."[5] Saniboey dari Harian Metro juga memberikan taraf empat bintang untuk Sahmura.[4] Beliau berkata mengenai ulasannya, "Secara keseluruhannya, saya dapati album ini mencabar kerana stilistiknya. Bahasa Melayu yang digunakan bukan bahasa arkaik, namun ia jarang diguna dan itu adalah cabaran utama kepada pendengar album ini."[4] Sahmura ialah satu lagi album yang berjaya secara komersial oleh Siti. Ia memuncak di puncak carta album tempatan RIM dan lebih daripada 100,000 unit telah dijual.[11]

Rujukan

WikiPedia: Sahmura http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-5949160... http://www.allmusic.com/album/sahmura-mw0001682450... http://www.astroawani.com/news/show/suara-siti-ins... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44223740?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/45493393?... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt...